Thursday, June 30, 2011

ANDA DI LANDASAN YANG BETUL.

ANDA DI LANDASAN YANG BETUL.

Anda berada di landasan yang betul. Peliharalah agar ia tidak terbabas dari haluan berkenaan. Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda berkaitan dengan apa yang pernah saya lalui. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Dalam tahun 1978, sewaktu mencecah usia 28 tahun saya telah dikesan mengalami tekanan darah tinggi lalu terpaksa menjalani rawatan di Hospital Besar Alor Setar (HBAS). Sepanjang berada di wad HBAS saya diberi makan nasi dan lauk tanpa garam. Nasihat pihak Pegawai Kesihatan ialah agar pantang berkenaan diteruskan di samping menjauhkan makanan berlemak.

Pada 17.9.1999 saya telah diserang angin ahmar (stroke) sehingga menyebabkan sebahagian badan menjadi lumpuh dan terlantar di pembaringan selama 6 bulan. Sedangkan kira-kira 10 hari sebelumnya, saya pernah diberitahu oleh seorang doktor pakar bahawa tekanan darah saya normal. Sewaktu menjalani rawatan di HBAS, Pegawai Perubatan di sana menyatakan tiada ubat khusus bagi memulihkan penderita serangan angin ahmar melainkan dia rajin bersenam. Bagaimanapun saya berpendapat bahawa setiap penyakit yang diturunkan oleh Allah tetap ada penawarnya kecuali mati.

Berbekalkan semangat dan fikiran positif saya melakukan senaman setiap hari dan Alhamdulillah kini sudah berupaya memandu motokar. Ingatlah bahawa sebelum kita menderita sebarang pengidapan bahawa MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.

Oleh itu, marilah lihat di sini:

http://www.fablous2u.com/semangatsukses Terima kasih.