Saturday, July 9, 2011

PRODUK RAWATAN KERETA.

PRODUK RAWATAN KERETA.

Produk Perawatan dan Penjagaan kereta, tanpa menukar minyak hitam (minyak enjin) sehingga 150,000 KM.

Kebiasaannya 5,000 KM - 10,000 KM servis RM 100.00 + (Minyak Pelincir + Oil Filter + Upah servis)

- 30 kali servis = 150,000 KM (30 X RM 100 = RM3,000)

- Dengan Super Miracle Plus sekali isian sahaja (150,000 KM)

RM 398 + RM 100 = RM 498

Anda Jimat RM 2500

* Oil filter tukar 5000 KM pertama, kemudian 20,000 KM tukar oil filter sehingga 150,000 KM (setiap 20,000 km tukar oil filter sahaja)

Disertai dengan Peluang perniagaan Secara Online.

Jana Bonu$ Lumayan Setiap Bulan....

Untuk maklumat lanjut;

http://www.MinyakEnjin.com/asalbayu

Perniagaan hebat juga disediakan bagi memenuhi kehendak mereka yang ingin menambah pendapatan. Perniagaan yang sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk HEBAT ini, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda.

Terima kasih

ABDUL HALIM YAACOB

Layari http://www.MinyakEnjin.com/asalbayu

Tuesday, July 5, 2011

HEBAT TETAPI CEPAT TEWAS DI RANJANG!

HEBAT TETAPI CEPAT TEWAS DI RANJANG!

Anda kelihatan amat hebat, tampan serta mempunyai wang. Namun tatkala melakukan adegan seks bersama pasangan (isteri) di ranjang anda mudah tewas.

Berapa banyak tenaga digunakan?

Aktiviti seks (jimak) menggunakan tenaga sama seperti menaiki tangga rumah 2 tingkat. Jimak adalah ciri-ciri normal dalam sebuah kehidupan. (Denyutan Hari Esok, Dr Wan Azman Wan Ahmad, Unit Jantung, UHKL, S.Abdul Majeed & Co., 1995).

Jangan benarkan pukulan tak beres!

Ingat! Jangan benarkan ‘pukulan malam pertama’ atau ‘malam-malam’ biasa anda seterusnya ‘tak beres’, ‘kantoi’, dan kena ‘gelak’ oleh isteri anda sendiri. Sebab anda mudah ‘game over’ macam main PAC MAN! Harap muka saja ‘hensem’, tapi alahai… Mudah kendur sebabnya urat zakar ‘tak pernah diservis’! Kalau kereta pun rajin diservis apatah lagi ‘barang’ yang satu tu! Sejarah pernah menceritakan kisah-kisah yang melibatkan hubungan dingin, suami ‘sejuk’ dan akhirnya retak, adakah anda terdengar hal-hal tentang tokoh vip, korporat, artis dan pasangan baru saja berkahwin dan akhirnya ‘tak beres’. Kenapa agaknya ianya berlaku?

Semua yang bernama lelaki, tak kira pangkat, orang miskin atau kaya, tak kira apa bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli asalkan yang bergelar orang. Tak kiralah orang kampung atau bandar sebab ‘abang pendek’ juga harus dibela.

Sila baca fakta-fakta yang merisaukan ini :

Cuba renungkan kisah-kisah di bawah ini :

Di bawah ini adalah fakta-fakta hasil dari online survey yang diperolehi dari 586 isteri dan wanita dan kami temui beberapa kebenaran yang mengejutkan…..

  • 70% isteri mengatakan mereka TIDAK PERNAH mencapai puncak orgasme/klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami mereka.
  • 65% isteri mengakui sering BERPURA-PURA MENCAPAI ORGASME untuk memuaskan hati suami mereka.
    Hanya
    15% isteri yang mencapai orgasme lebih sekali dalam seminggu.
  • 78% daripada isteri mengaku yang mereka lebih suka dibelai-belai sahaja dari melakukan seks memandang mereka tidak mencapai kepuasan dari hubungan seksual dengan suami.

Fakta ini dikira serius dan kebanyakan lelaki yang tidak mengendahkan masalah mereka ini & kurang mencari penyelesaiannya kerana malu atau ego lelaki mereka yang menebal walaupun semua permasalahan bermula daripada para suami.

Maka itu setiap kali isteri diajak berjimak, ada saja alasan mereka untuk mengelak. Persepsi mereka, seks adalah untuk keseronokan suami semata.

Tak tercabarkah ego anda?.


Sebagai suami, tanggungjawab besar terletak di kedua bahu anda untuk memastikan nafkah ZAHIR dan BATIN terhadap isteri anda dilaksanakan sebaiknya.
Ramai di kalangan isteri yang mengambil sikap mendiamkan diri sekiranya tidak puas…
Renungkan sebentar…..anda tidak nampak dengan mata kasar keperluan batin isteri. Lihatlah dengan mata hati anda. Adakah nafkah batin dia mencukupi ataupun atau cuma melebihkan keperluan zahir dan terlepas pandang nafkah batin yang lebih mustahak?

Anda lelaki yang dayus jika terus membiarkan isteri anda kegersangan…..
Jangan sampai isteri anda mula makan luar dan curang terhadap anda.

Jadi jangan salahkan isteri jika mereka menyalahkan SUAMI walaupun isteri sendiri yang berlaku CURANG!


Benarlah kata-kata ulama
“tiada perasaan malu dalam mendalami ilmu agama”, kerana itu jugalah Saidatina Aishah memuji para wanita Ansar di atas sikap mereka yang suka bertanya; dengan katanya ( Semoga Allah merahmati wanita Ansar, mereka tidak malu untuk bertanya dan menambah pengetahuan mereka dalam agama ) walaupun dalam perkara yang menyentuh persoalan-persoalan sulit hubungan suami isteri

Hubungan antara suami isteri merupakan satu perkara penting dan utama dalam menjamin kelangsungan ikatan rumahtangga. Kepincangan dan sikap endah tak endah dalam menangani masalah ini banyak membawa kepada salah faham, krisis, perbalahan dan akhirnya perceraian (nauzubillah anhu jamian). Namun begitu, ada juga pihak yang mengatakan ianya satu persoalan remeh temeh, jijik, hina dan tidak perlu diperbincangkan. Ini kerana bagi mereka ianya tak lebih daripada aktiviti berseronok saja sebagaimana yang berlaku pada haiwan-haiwan biasa.

Namun Rasulullah S.A.W sendiri telah bangkit menjelaskan hal kepentingan dan keutamaannya dalam sabda Baginda

“AKULAH ORANG YANG PALING ALIM DAN BERTAQWA, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci Sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku”

– riwayat Muslim.

Islam telah menjadikan `hubungan seks’ antara dua suami isteri ini sebagai ibadat kepada Allah s.w.t berdasarkan manfaatnya yang besar perseorangan, umat dan juga Islam. antaranya ia dapat menjaga diri, keturunan, agama, menguatkan Islam dan sebagainya. Justeru itulah, Rasulullah S.A.W bersabda

“SEKIRANYA KAMU BERSETUBUH DENGAN ISTERI KAMU, kamu akan mendapat pahala.”

Para sahabat kehairanan lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan isterinya pun dapat pahala ?!,
Rasul dengan hikmah menjawab : benar bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang haram tentulah baginya dosa, begitu juga dengan persetubuhan yang halal”

riwayat Muslim, juga merupakan hadis ke 25 dalam (Arbain Nawawi).
Islam memang memberi perhatian serius dalam mengubati masalah ini, khususnya yang berkaitan dengan suami, kerana merekalah ketua bagi keluarga dan perancang kepada kebahagiannya. Sebagai nasihat, kami mencadangkan beberapa produk alternatif yang mampu membantu anda bagi mengatasi masalah ini.

INSYA ALLAH

Hubungan kelamin atau jimak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya. Suami harus memastikan nafkah batin isterinya dilaksanakan dengan sebaiknya apabila berkahwin. Jimak yang sempurna akan memberikan kepuasan batin bagi suami isteri. Namun ramai isteri yang tidak puas ketika jimak bersama pasangan. untuk keseronokan suami semata.

Elakkan perbuatan terkutuk!

Amat dikuatiri para isteri yang gagal mencapai kepuasan ketika bersama suami akan mencari makan di luar dengan kaedah paling keji, terkutuk dan amat hina moralnya. Suamilah yang bertanggungjawab atas semua ini dan berusahalah untuk mencari jalan penylesaiannya sebelum ia menjadi parah.

Allah berfirman:”Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” (Al-Isra’ 17:32)

Petikan sebahagian Testimoni Pengguna PL SuperGel


Pengguna 1 : Malam pertama (lepas nikah) saya tergelincir awal tidak sampai 2 minit. Isteri ketawakan saya & saya tersipu-sipu malu. Bersyukur.. sehingga ke hari ini saya tidak pernah tewas lg uuuu! Malah ikatan rumah tangga kami semakin bahagia mana taknya asyik senyum jer tiap-tiap hari. Isteri pulak makin sayang . Sekarang pergi kerja pun seronok, senyum dan sentiasa berfikiran positif dengan semua orang hu hu hu En Azman. 017-741 5596, JB.

Pengguna 2 : Perghhh….., dengan PL SuperGel setengah jam mendayung…tapi x sampai ketepi..hu hu isteri saya cakap sambung esok je la bang…….En. Jamil 017-716 2220 UTM, JB.

Pengguna 3 : Kawan kenalkan PL SuperGel kepada saya tetapi ketika itu saya anggap perkara ini remeh dan dengan rasa ego saya mengatakan kepadanya tak pe lah. Tetapi apabila berfikir sejenak, tidak salah mencuba. Akhirnya, buat pertama kali isteri saya mengucapkan terima kasih kepada saya. Dia tersenyum. Selepas saat itu saya tidak pernah tewas. Hidup kami semakin bahagia. En. Shahrul 012-760 3633 Permas Jaya

Pengguna 4 : Hari ini orang ketawakan saya..mudah-mudahan suatu hari nanti pasti mereka akan menyanjung saya he he he…hari-hari saya tolong sahabat-sahabat saya yang memerlukannya. En. Hasbol 012-714 1272 Gelang Patah

Pengguna 5 : Saya amat berpuashati dengan PL SuperGel ini dan hasilnya amat memuaskan. Isteri pelik dan gembira puas melihat perubahan saya (dia tak tahu). Ustaz Zaki 012-766 7139 Larkin

Pengguna 6 : Memang berkesan PL SuperGel sampai isteri saya tidak tahan. Awie 017-756 0017 Senai, JB

Pengguna 7 : Pergghhh! Memang betul-betul “uuuuu”… Isteri senyum memanjang..tidak terucap dengan kata-kata,..memang dapat rasai kepuasan dalam pelbagai teknik…! En. Din 013-930 0341 JB.

Pengguna 8 : Amat menakjubkan.Perubahan yang amat ketara. Guna gear 5 baru keluar. SAYA MESTI PILIH PL SuperGel! , En. Lokman 016-797 5810 Pontian, Johor.

Pengguna 9 : Terima kasih ketengahkan PL SuperGel ini kepada saya…semalam siang tenaga kurang. Maklumlah pertarungan yang lama berlaku pada malam sebelumnya. Isteri tiba-tiba pelik tetapi gembira dengan perubahan yang berlaku. Ada ke patut dia mintak lagi malam ini?:-) Wan 013-275 5xxx Sabah

Pengguna 10 : Pagi tadi pukul 4am baru game….tiup wisel pukul 2am…peweeet…..dari Kuching, Sarawak En. Osman 013-211 8XXX

Pengguna 11 : “Isteri saya selalu berpesan…Bang.,jangan lupa sapu PL SuperGel baru puas” dari Kajang 019-610 4432 En Adi.

Pengguna 12 : “ Marvellous! I scored 2-0 last nite. Bersyukur bertemu PL SuperGelTM”. , JB


Pengguna 13 : Pehh memang terbukti PL SuperGelTM power, 4 ‘style’ berdayung…. En. Zul 013-707 9619

Pengguna 14 :Minta nama dirahsiakan, sudah 10 tahun berkahwin “huuh….dia terpaksa minta waktu rehat sebelum saya menamatkan pendakian. Pengguna Produk PLSUPERGEL dari GOMBAK En. RAMLI 019-219 XXXX
Pengguna 15 : Katakan saja “Isteri saya sering memandang rendah keupayaan seksual saya, tapi kini dengan PL SUPERGEL dia amat bahagia sekali dan tiada rungutan lagi.” Sepang, Selangor. En. Ali 016-364 XXXX

Thursday, June 30, 2011

ANDA DI LANDASAN YANG BETUL.

ANDA DI LANDASAN YANG BETUL.

Anda berada di landasan yang betul. Peliharalah agar ia tidak terbabas dari haluan berkenaan. Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda berkaitan dengan apa yang pernah saya lalui. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Dalam tahun 1978, sewaktu mencecah usia 28 tahun saya telah dikesan mengalami tekanan darah tinggi lalu terpaksa menjalani rawatan di Hospital Besar Alor Setar (HBAS). Sepanjang berada di wad HBAS saya diberi makan nasi dan lauk tanpa garam. Nasihat pihak Pegawai Kesihatan ialah agar pantang berkenaan diteruskan di samping menjauhkan makanan berlemak.

Pada 17.9.1999 saya telah diserang angin ahmar (stroke) sehingga menyebabkan sebahagian badan menjadi lumpuh dan terlantar di pembaringan selama 6 bulan. Sedangkan kira-kira 10 hari sebelumnya, saya pernah diberitahu oleh seorang doktor pakar bahawa tekanan darah saya normal. Sewaktu menjalani rawatan di HBAS, Pegawai Perubatan di sana menyatakan tiada ubat khusus bagi memulihkan penderita serangan angin ahmar melainkan dia rajin bersenam. Bagaimanapun saya berpendapat bahawa setiap penyakit yang diturunkan oleh Allah tetap ada penawarnya kecuali mati.

Berbekalkan semangat dan fikiran positif saya melakukan senaman setiap hari dan Alhamdulillah kini sudah berupaya memandu motokar. Ingatlah bahawa sebelum kita menderita sebarang pengidapan bahawa MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.

Oleh itu, marilah lihat di sini:

http://www.fablous2u.com/semangatsukses Terima kasih.

Monday, March 1, 2010

TRICAJUS PRODUK ISTIMEWA LAGI AJAIB

TricaJus Produk Istimewa Lagi Ajaib.

Meskipun maklumat dalam
http://www.jushebat.com/abdulhalim menjelaskan bahawa TricaJus merupakan VIAGRA SEMULA JADI PERU yang membantu kalangan lelaki meningkatkan keupayaan seks, tetapi sebenarnya ia adalah produk istimewa untuk mencegah dan memulihkan sebilangan penghidapan.
Adunan Lepadium Peruvianium Chacon dan Tribulus Terretris yang perlu diambil di dalam diet harian anda untuk memulihkan serta mengimbangi sistem pertahanan badan bagi mencapai tahap kesihatan yang sempurna dari seluruh aspek.
Kandungan utama adalah Maca, di mana ia merupakan sejenis sayuran berakar yang tumbuh secara semulajadi. Maca lebih merupakan ‘Adaptogen’ kepada badan anda dan juga merupakan produk makanan semulajadi atau lebih dikenali sebagai ‘Makanan Ajaib Andes’.
Maca bertindakbalas secara positif di dalam tubuh badan anda bagi menjaga sistem pertahanan badan serta menambahkan stamina dan tenaga.
Tribulus Terrestris ialah tumbuhan berbunga di dalam keluarga Zygophllaceace yang tumbuh pada suhu panas iaitu kawasan Tropical Old World di Selatan Eropah, Selatan Asia merangkumi Afrika dan di Utara Australia. Ia mampu tumbuh subur walaupun di iklim padang pasir atau tanah kurang subur. Cuba TricaJus sekarang bagi reaksi positif.

Antara khasiatnya ialah:

Membantu dalam mengurangkan tekanan (stress).
Mengimbangi paras gula dalam darah.
Mengurangkan paras asid dalam tubuh.
Melancarkan peredaran darah.
Merawat kencing manis dan gout.
Mencegah penyakit jantung dengan merendahkan kolesterol dan lemak.
Memperbaiki tahap penglihatan.
Merangsang hormon testoteron.
Merawat penyakit batu karang.
Meningkatkan fungsi hati (liver).
Mengawal dan meningkatkan fungsi otak.
Mengelakkan buasir dan sembelit.
Menguatkan tulang dan mengelakkan osteoporosis.
Meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kepekaan.
Meningkatkan peratus kesuburan lelaki dan wanita.
Meningkatkan stamina dan kecergasan badan.
Sebagai terapi penggantian hormon (HRT).
Mengatasi kemurungan dan anti penuaan.

Oleh yang demikian, saya mengesyorkan anda supaya segera bertindak untuk menjadi ahli dan seterusnya Upgade Status kepada Ahli VIP kerana dengan demikian anda dapat mengamalkan pengambilan Tricajus serta membantu sesiapa sahaja yang menghadapi masalah kesihatan. Segala testimoni Jushebat memaparkan sebahagian daripada pengakuan oleh kalangan pengamal TricaJus.

Apabila menjadi Ahli VIP anda juga boleh ‘download’ panduan berguna antaranya:

Membina Masa Depan Dengan MLM.
Rahsia Lelaki Maskulin.
Teknik Arab Sudan.


http://www.jushebat.com/abdulhalim

Monday, September 28, 2009

Saya menghidap 6 jenis penyakit

Saya menghidap 6 jenis penyakit: tekanan darah tinggi (hipertensi), radang tiroid (thyroid) gastrik, angin dalam badan, strok (mulai 17.9.1999) dan batu dalam pundi-pundi kencing.

Serangan strok telah menyebabkan separuh badan saya lumpuh dan kini telah beransur pulih serta telah berupaya memandu motokar. Menurut doktor, tiada ubat khusus bagi strok kecuali penghidapnya rajin bersenam. Ia adalah berpunca daripada penghidapan tekanan darah tinggi.

Dua lagi penyebab serangan strok ialah kencing manis (diabetes) dan kadar kolesterol (LDL) tinggi dalam darah (high cholesterol). Batu dalam pundi-pundi kencing sebesar kepala anak mancis telah keluar pada suatu pagi ketika saya membuang air kecil dan mujurlah saya tidak merasa sakit. Serangan angin dalam badan sering berlaku lebih 10 tahun dahulu lazimnya datang ketika dinihari sewaktu sedang tidur menyebabkan saya merasa sakit di bahagian dada sehingga belikat. Gastrik adalah berpunca daripada terlalu banyak berfikiran negatif (susah hati) serta sering membiarkan perut kosong dan doktor menasihatkan supaya saya tidak mengambil makanan pedas dan masam, juga tidak meminum kopi dan makan ais krim terutama yang banyak mengandungi vanila. Radang tiroid mula dikesan dalam tahun 1982 apabila saya demam yang agak teruk dan kemudian saya diberi sejenis ubat bernama 'carbimazole' dan kini telah pulih. Tekanan darah tinggi mungkin berpunca daripada pemakanan di samping saya juga adalah seorang perokok semenjak 1968 dan tidak pernah melakukan senaman. Walaupun saya telah lebih 10 tahun menghentikannya, tetapi tekanan darah saya masih tinggi (170/95). Akhirnya saya menemui makanan yang ramai penderita tekanan darah tinggi, kencing manis, strok dan banyak lagi membuat pengakuan bahawa ia berkesan iaitu Alpha Lipid. Saya tidak bermaksud menggalakkan anda mengamalkannya. Tetapi jika anda inginkan maklumat lanjut sila layari http://www.curatirana.alphalipid.cc/. Ingatlah penghidapan kencing manis, darah tinggi, darah rendah,strok, kanser, gout dan sebagainya adalah warisan atau genetic yang tidak memilih mangsa serta tiada amaran pula. Oleh itu, mencegah adalah lebih baik dari merawat. Apa-apa keputusan adalah di tangan anda. Saya sekadar untuk berkongsi pengalaman sahaja.

Kini H1N1 pula membimbangkan semua orang. Selain memperbanyakkan doa ke hadirat Ilahi, kita disuruh berikhtiar!

Pergunakanlah 5 peluang sebelum datang yang 5; masa hidup sebelum mati, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin dan masa lapang sebelum sempit (maksud hadis: Bukhari dan Muslim).

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

Friday, October 24, 2008

WILD-X

Saya dikesan menghadapi tekanan darah tinggi sejak 1978 iaitu ketika baru berusia 25 tahun. Bersabit dengan masalah tersebut saya dinasihatkan supaya mengambil Metoprolol Tartate pada kadar 300mg (2 kali sehari dengan setiap pengambilan 150mg). Menurut kajian perubatan sebagaimana yang diberitahu oleh doktor, pengambilan dadah berkenaan dalam tempoh yang lama boleh mengakibatkan seseorang lelaki menghadapi masalah kekurangan tenaga seks. Pada 1999 saya telah diserang angin ahmar (stroke) ketika berumur 46 tahun sehingga menyebabkan sebahagian badan jadi lumpuh. Walau bagaimanapun tenaga seks saya masih boleh bertahan tetapi ‘cepat tewas’ biarpun zakar masih tegang. Saya merasa kasihan kepada pasangan (isteri) bila mendapati dia seperti tidak puas dan ini menyebabkan saya rasa bersalah. Selepas mengamalkan WildX selama 3 hari didapati ada perubahan kerana saya boleh bertahan dalam tempoh yang agak lama dan dapat memuaskan pasangan. Alhamdulillah. Saya bertekad untuk terus menggunakannya. Bagi mereka yang menghadapi masalah seperti saya jangan ragu-ragu mengamalkan WildX. (019-4177317, Lelaki Melayu).

Sunday, June 15, 2008

HUJAN SEHARI MENGHAPUSKAN PANAS SETAHUN.


(Cabutan daripada isi buku yang bakal terbit)

HUJAN SEHARI MENGHAPUSKAN PANAS SETAHUN.


SEPERTI yang pernah saya ceritakan sebelum ini, saya memulakan tugas di Post Office Savings Bank (POSB) yang kemudiannya dijenamakan sebagai Bank Simpanan Nasional yang merupakan sebuah agensi Kementerian Kewangan semenjak 28.5.1974. Jika dihitung sehingga 2007, saya telah berkhidmat selama 33 tahun.

Di sepanjang tempoh tersebut pelbagai onak dan ranjau telah dilalui, apa lagi setelah bertugas dengan Unit Bergerak di Alor Setar mulai 1977 dan bertanggungjawab terus kepada Bahagian Perhubungan dan Pemasaran Ibu Pejabat BSN di Kuala Lumpur.

Pada mulanya Ibu Pejabat BSN ditempatkan di Wisma Pahlawan sebelum berpindah ke bangunan yang dibeli daripada anak Syarikat Kompleks Kewangan bertempat di 117 Jalan Ampang berdekatan Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Bahagian Perhubungan dan Pemasaran kemudian ditukar namanya kepada Bahagian Perhubungan dan Penerangan berikutan dengan kesukaran mentafsirkan erti istilah pemasaran oleh pegawai bertanggungjawab Datuk Zain Hamzah yang kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Bahagian.

Cawangan BSN di Alor Setar bermula pada tahun 1978 di tempatkan di premis yang disewa daripada Penang Music Centre di Jalan Kota bersebelahan dengan Restoran Laman Nurani dan MNI sekarang.

Perasmiannya telah dilaksanakan oleh KDYMM Sultan Kedah, Tuanku Alhaj Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dengan turut dihadiri oleh Dato’ Seri Syed bin Tun Syed Sheh Shahabuddin (Pengerusi BSN) dan YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah yang ketika itu adalah Menteri Kewangan Malaysia. Pejabat Perhubungan dan Penerangan yang bertempat di tingkat bawah Bangunan Lembaga Penanam-Penanam Padi di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar masih digunakan dan ruang pejabat yang ada turut menempatkan bahagian-bahagian BSN yang tidak dapat dimuatkan di premis Jalan Kota.

Di sepanjang bertugas dengan Unit Bergerak selain mengadakan lawatan guna menyampaikan penerangan di seluruh Kedah dan Perlis hingga ke sempadan Perak Utara iaitu di Bandar Bharu dekat Parit Buntar juga mengambil bahagian dalam ekspo dan pameran. Seingat saya antara ekspo dan pameran ialah ketika pihak RISDA mengadakan pameran di Baling dan MADA juga pernah beberapa kali mengadakan pameran di Kepala Batas, Kedah dan Simpang Empat, Perlis. Manakala Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebelum diswastakan dan kini dikenali sebagai Bernas juga pernah mempelawa BSN menyertai pameran di perkarangan Ibu Pejabat LPN, Anak Bukit, Kedah.

Ketika diadakan Ekspo Pertanian dan Perindustrian Kedah (sebelumnya dikenali sebagai Pesta Kedah) yang diusahakan penyelenggaraan oleh Tan Sri Haji Osman Haji Arof sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah mulai 24.1.1985, sekurang-kurangnya dua kali BSN terlibat. Lebih membanggakan penyertaan buat kali kedua memenangi Hadiah Hiasan Gerai Cantik bagi kategori Gerai Swasta. Kemenangan ini biarpun tidak memperoleh apa-apa nilai material, tetapi amat menggembirakan saya kerana telah diberi tanggungjawab melakar rekabentuknya yang berjaya menarik pengunjung menyaksikan tayangan filem cereka pada setiap malam. Salah sebuah daripadanya berjudul Cinta Gadis Rimba (warna) iaitu adaptasi novel dengan judul yang sama karya Harun Aminurrashid dengan para pelakon utamanya ialah Dato S Roomai Nor dan M Amin.

Bertugas di gerai ekspo pada waktu malam sekalipun tiada peruntukan elaun lebih masa agak menyeronokkan kerana di samping boleh memasukinya secara percuma, juga tidak perlu bertugas pada sebelah siangnya. Harga tiket untuk memasuki tapak ekspo yang juga disediakan pentas hiburan dengan penampilan beberapa orang artis jemputan terkenal kalau saya tidak salah ingat ialah RM 10 atau RM 15. Tetapi risikonya tetap ada. Debu berterbangan kerana tapak ekspo yang kini telah dibangunkan sebagai Komplek Alor Setar dan turut tersergam Menara Darul Aman juga menempatkan Pejabat Cellcom dan NTV 7 itu tidak dilengkapi tar. Ini menyebabkan ia berdebu jika di musim kemarau dan becak apabila hujan turun.

Akibat setiap malam terdedah kepada debu-debu tersebut, ia turut melekat dalam lubang hidung manakala rambut menjadi kotor dan keras sperti dawai. Mahu tidak mahu terpaksalah ia dicuci dengan shampoo setiap hari.

“Kalau macam ni kepala boleh jadi botak,” rungut Yahya, Pemandu dan Jurutayang yang turut bertugas setiap malam.

Sekurang-kurangnya ada dua peristiwa yang sukar dilupakan di sepanjang saya bertugas dengan Unit Bergerak.

Peristiwa pertama berlaku sewaktu Unit Bergerak memenuhi jadual lawatan untuk membuka akaun pelajar-pelajar di sebuah sekolah di Bohor Mali, Perlis. Jika saya tidak silap waktu itu ialah bulan puasa (Ramadan) dan pelajar-pelajar yang terlibat bersekolah pada sesi petang. Setelah selesai segala urusan, kami bersiap mengemaskan peralatan untuk pulang. Tiba-tiba enjin kenderaan tidak dapat dihidupkan, sedangkan semua guru bertugas dan para pelajar telah pulang ke rumah masing-masing. Yang tinggal hanyalah kami bertiga petugas Unit Bergerak BSN iaitu Ustaz Haji Ibrahim, Yahya dan saya. Mahu tak mahu terpaksalah kami menolaknya. Kenderaan berkenaan ialah van Ford Transit yang menggunakan disel sebagai bahan bakar bagi menghidupkan ejinnya dan terlalu berat. Penatnya hanya Allah sahaja yang tahu! Hairannya beberapa ketika kemudian kenderaan berjaya dihidupkan dengan kaedah biasa.

Peristiwa kedua berlaku ketika Unit Bergerak dijemput oleh Jabatan Penerangan Daerah Baling untuk menyampaikan ceramah berkaitan produk-produk BSN di sebuah kampung di sana. Kami pergi bertiga dengan menggunakan kenderaan yang sama juga.

Mengikut jadual, progarm berkenaan berlangsung diwaktu malam. Jadi pada sebelah siangnya kami mengadakan lawatan bertujuan membuka akaun atas undangan sebuah sekolah dalam daerah Baling. Bagi melanjutkan tugas, kami bermalam di Rumah Rehat Baling betul-betul berhampiran dengan Masjid Ridhwaniah di pinggir pekan Baling yang hanya disempadani oleh sebatang jalan tar kecil.

Seperti dijadualkan, kami pergi ke kampung berkenaan yang terletak di Mukim Siong dan khabarnya tidak jauh daripada Kampung Memali tempat yang berlaku peristiwa berdarah tidak lama dahulu. Cuaca pada malam itu tidak begitu baik di mana hujan mulai turun yang pada mulanya renyai-renyai kemudian menjadi bertambah lebat. Oleh kerana jadual telah diatur, kami terpaksa juga memenuhinya. Jalan masuk untuk pergi ke tempat yang telah dijadualkan selain sempit tidak pula diturap dengan tar. Tanpa disedari, kenderaan kami terlanggar tunggul yang terbonjol di tengah jalan sebelum merempuh tunggul langsat setinggi kira-kira 7 meter di pinggir jalan pada sebelah kiri menyebabkan bahagian hadapan kenderaan kemik. Nasib kami agak baik kerana lampu besar tidak rosak. Seperkara lagi ialah berkaitan dengan kecekapan pemandu kenderaan.

“Kalau saya tidak memaut steering dengan kuat ke sebelah kiri kita barangkali tercampak ke dalam gaung di sebelah kanan,” kata Yahya.

Memang benar telahannya itu kerana pada sebelah siang kami telah membuat tinjauan terlebih dahulu di tempat berkenaan dan mendapati ada gaung pada sebelah kanan jalan. Anehnya sewaktu tinjauan itu dibuat, kami tidak perasan kewujudan bonjolan tunggul yang telah dilanggar itu. Mungkin disebabkan pandangan kami hanya tertumpu pada gaung di sebelah kanan jalan berkenaan.

Dalam tahun 1986 BSN Cawangan Alor Setar berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Tunku Ibrahim, bersetentang dengan Bangunan Tunku iaitu Pejabat UMNO Negeri Kedah yang juga disewa oleh Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) dan kini dikenali sebagai CIMB.

BSN Cawangan Alor Setar merupakan cawangan yang bertuah kerana KDYMM Sultan Kedah, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan merasmikannya. Menteri Besar Kedah pada masa itu ialah Dato’ Seri Syed bin Tun Syed Sheh Shahabuddin yang juga masih berfungsi sebagai Pengerusi BSN.

Selepas kembali bertugas di BSN Cawangan Alor Setar mulai tahun 1990 setelah berada di Ibu Pejabat BSN Kuala Lumpur selama 25 bulan tidak termasuk di cawangan Pulau Pinang selama 8 bulan sebelumnya, saya telah diberi tugas di luar pejabat. Tugas utama ketika itu ialah menguruskan pembukaan akaun para pesawah kerana ketika itu dikehendaki setiap orang pesawah memiliki akaun BSN. Ini adalah kerana pihak LPN bercadang supaya semua subsidi harga padi diagihkan kepada pesawah menerusi akaun BSN. Kewujudan lebih 30 buah cawangan BSN di seluruh Kedah dan Perlis pada masa itu dilihat sebagai di antara kemudahan yang bakal dimanfaatkan oleh para pesawah di kawasan MADA yang mengikut perangkaan berjumlah melebihi 80,000 orang.

Selain menguruskan pembukaan akaun, disebabkan saya pernah terlibat dengan operasi penerangan bersama Ustaz Haji Ibrahim dahulu, saya juga turut memberi ceramah kepada orang ramai berkaitan produk bank yang memberi banyak kemudahan kepada pendeposit. Bersama-sama Encik Shamsudin Hassan, yang mahir berceramah, saya mengambil peranan bagi menerangkan kaedah penggunaan Kad ATM.

Ketika menyampaikan ceramah saya turut menjelaskan perkara berhubung dengan perkhidmatan Giro di mana pendeposit boleh mencarum wang di dalam Tabung Haji tanpa perlu membawa wang tunai kerana ia terdedah kepada kejadian rompakan. Dengan menggunakan kemudahan Giro, pendeposit hanya perlu membuat Arahan Tetap di mana nilai wang akan dipindahkan secara elektronik yang terjamin keselamatannya.

Ketika berdialog dengan pesawah yang mengikuti penerangan, mereka ada mencadangkan supaya pembayaran tidak terhad kepada subsidi sahaja, malah harga padi juga sepatutnya disalurkan pembayarannya menerusi akaun BSN.

“Alangkah baiknya jika bayaran harga padi yang dijual itu dimasukkan terus ke dalam akaun. Lepas tu bolehlah kami balik ke rumah bagi membuat kerja-kerja yang lain,” cadang wakil mereka pada salah satu program ceramah yang saya turut terlibat.

Perolehan hasil kemasukan subsidi membolehkan peruntukan urusniaga setiap hari kaunter menyebabkan BSN Cawangan Alor Setar tidak perlu diminta dipindahkan wang (TT) daripada Ibu Pejabat BSN di Kuala Lumpur. Sebaliknya simpanan BSN yang ada di Bank Negara Alor Setar pula yang terpaksa dikembalikan ke Ibu Pejabat BSN di Kuala Lumpur.

Jika difikirkan secara rambang, andainya cadangan supaya bayaran harga padi dibuat menerusi akaun seperti yang dicadangkan itu sudah tentulah bukan sedikit perolehan BSN.

Setelah semua pesawah di kawasan MADA memiliki akaun, kami melanjutkan operasi kepada pesawah-pesawah di luar MADA pula. Antaranya ialah di Merbok, dekat Bedong dan Malau, berdekatan Kulim. Akhir sekali ialah di daerah Baling.

Operasi di beberapa buah kilang di berdekatan pekan Sungai Petani dan Jitra bagi membolehkan gaji kalangan pekerjanya disalurkan menerusi akaun BSN merupakan di antara aktiviti yang terhitung berjaya. Di samping itu, lawatan ke sekolah-sekolah bertujuan membuka akaun para pelajar masih berterusan.

Beberapa waktu kemudian, terdengar desas desus bahawa BSN akan menjalankan tindakan bertujuan mengurangkan jumlah kakitangan.

Sebelumnya terdengar berita bahawa BSN akan melaksanakan Skim Persaraan Sukarela (VSS) dan kakitangan yang telah bertugas melebihi 30 tahun. Tetapi cadangan bagi melaksanakannya tidak diluluskan setelah dikemukakan sebanyak 2 kali kepada Kementerian Kewangan.

Saya menerima surat daripada Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) bilangan BN/BSM/SULIT/TT/664(5) bertarikh 29.5.2007 memaklumkan bahawa prestasi kerja saya tidak memuaskan bagi tahun-tahun 2004, 2005 dan 2006. Sehubungan itu saya diminta menyatakan secara bertulis (SURAT TUNJUK SEBAB) dengan menyatakan alasan dan sebab mengapa tindakan tatatertib tidak wajar diambil terhadap saya.

Seperti yang dikehendaki, menerusi surat bertarikh 5.6.2007, saya telah memberikan jawapan bahawa serangan angin ahmar (strok) mulai 17.9.1999 yang menyebabkan saya hilang upaya iaitu lumpuh sebahagian badan dan tidak berupaya menggunakan tangan kanan untuk menulis dengan sempurna.

Bagaimanapun saya masih boleh memanfaatkan gunatenaga dengan menggunakan komputer semenjak kembali bertugas mulai Mac 2000. Sementara bidang tugas yang diberikan kepada saya untuk tempoh yang dinilai iaitu tahun-tahun 2004, 2005 dan 2006 memerlukan saya banyak menulis dan bertutur, manakala kes-kes yang dipertanggungjawabkan pula adalah yang bersifat kritikal.

Malangnya alasan yang saya berikan itu tidak memuaskan hati pihak pengurusan BSN. Lalu pada 19.6.2007 lebih kurang jam 9.15 pagi saya telah dipanggil oleh pengurusan BSN Alor Setar untuk menemui pegawai daripada JPSM, Ibu Pejabat BSN, Kuala Lumpur, Encik Masriza bin Zakaria. Dalam pertemuan tersebut saya telah diminta memilih salah satu syor berikut:

1. Menulis surat kepada BSN untuk meletak jawatan ATAU
2. Menerima Tindakan DI (Ditahan Untuk Siasatan).

Saya telah diberi tempoh sehingga 26.6.2007 untuk membuat pilihan, tetapi tiada kenyataan bertulis yang diberikan. Sehubungan itu menerusi sepucuk surat bertarikh 20.6.2007 saya telah meminta agar diberikan surat pengesahan berkaitan hal tersebut secara hitam putih dan jawapannya telah saya perolehi menerusi surat BN/BSM/SULIT/TT/664/(13) bertarikh 22.6.2007.

Selanjutnya menerusi surat BN/BSM/SULIT/TT/664/(14) bertarikh 3.7.2007 saya telah dimaklumkan bahawa pihak bank mendapati penjelasan yang telah di berikan menerusi surat bertarikh 5.6.2007 itu tidak memuaskan pihak pengurusan BSN. Lantas saya digantung tugas dan diarahkan supaya menghadiri perbicaraan dalaman pada 20.7.2007 di BSN Alor Setar. Menerusi surat tersebut saya tidak dibenarkan berada di premis BSN sehingga diberitahu kelak kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada JPSM.

Larangan tersebut sangat biadap! Pihak pengurusan BSN beranggapan seolah-olah saya telah melakukan kesalahan pecah amanah. Pada hal demi Allah semenjak bertugas dengan BSN lebih tiga dekad silam saya tak pernah melakukan perbuatan keji itu.

Sebagai mematuhi arahan, saya telah menghadiri perbicaraan dalaman seperti yang dikehendaki. Dalam perbicaraan tersebut Pegawai Pendakwa BSN, Encik Mohmad Kamal Hanafiah Abdul Karim menyatakan bahawa saya telah tidak lagi berminat untuk berkhidmat dengan BSN.

Keputusan yang diterima menerusi surat BN/BSM/SULIT/TT/664(24) bertarikh 8.8.2007 yang ditandatangani oleh salah seorang Timbalan Pengurus Besar BSN, Puan Norazian Ahmad Tajuddin itu memang sudah diduga. Mengikut keputusan Jawatankuasa Tatatertib BSN yang bersidang pada 1.8.200 saya didapati bersalah dan ditamatkan perkhidmatan mulai 8.8.2007.

Dengan angkuh, pihak pengurusan BSN mengarahkan saya mengembalikan semua harta benda milik BSN seperti Kad PM/Care, Kad Pekerja, Kad Kuasa dan lain-lain sebelum atau pada 14.8.2007. Arahan berkenaan masih tidak saya penuhi kerana sebahagiannya ada di pejabat. Tetapi saya tidak menerima sebarang kebenaran bertulis daripada JPSM untuk memasuki premis BSN. Inilah persoalan yang membingungkan saya. Juga saya diminta supaya menjelaskan segala hutang jika ada.

Memang saya masih mempunyai hutang Pinjaman Perumahan di BSN. Tetapi bagaimana saya hendak menjelaskannya? Untuk belanja makan setiap haripun terpaksa ditanggung dengan gaji isteri yang bertugas sebagai guru. Manakala saya sudah tiada lagi pendapatan setelah ditamatkan perkhidmatan sekalipun tarikh sebenar mengikut syarat perkhimatan ialah pada 23.5.2007.

Di sisi Islam benar hal begini adalah ditegah. Tetapi apa yang boleh saya buat kerana untuk melaksanakan sebarang kerja tentulah tiada siapa yang bersedia menerima ‘orang kurang upaya’ (OKU) seperti saya. Segala dosa bersabit dengan tegahan tersebut mudah-mudahan Allah pikulkan ke atas bahu pihak pengurusan BSN.

Kelonggaran telah diberikan kerana saya dibenarkan mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh 14 hari dari 8.8.2007 iaitu tarikh surat KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB. Namun rayuan bertulis tersebut langsung tidak dilayan!

Demikian tragedi yang terpaksa saya hadapi setelah lebih tiga dekad bertugas di BSN, sebuah agensi Kementerian Kewangan yang sebelum ini pernah mempunyai lebih 600 buah cawangan di seluruh Malaysia. Kini jumlah cawangan telah mengecil kepada sekitar 300 buah iaitu separuh daripada jumlah yang pernah wujud dan tidak mustahil akan bertambah kecil yang menjurus kepada pengakhiran riwayat BSN yang kini telah tersasar daripada matlamat asalnya. Menariknya ialah tragedi konspirasi sedemikian berlaku ketika Malaysia berada di ambang usia 50 tahun merdeka.

Hasil tinjauan, saya dimaklumkan tidak kurang 40 orang kakitangan BSN telah menerima nasib seperti yang saya alami itu. Apa yang menyedihkan ada di antaranya masih muda dan terpaksa menanggung anak-anak yang masih kecil serta masih bersekolah – modal insan yang sering dilaung-laungkan oleh kalangan pemimpin. Lebih memilukan ada di antara isteri mereka itu tidak bekerja. Sewajarnya Perdana Menteri yang juga memegang potfolio Menteri Kewangan Satu turut memantau situasi konspirasi tersebut!

Pebicaraan Dalaman bukanlah bertujuan untuk mengamalkan sikap adil dan telus, sebaliknya bagi memaksa kakitangan yang dikenakan pertuduhan mengaku bersalah berpunca daripada prestasinya merosot.

Faktor kesihatan langsung tidak diambilkira, sedangkan ia sangat-sangat mempengaruhi prestasi seseorang.

Berkaitan dengan hal ini saya teringat ketika mula-mula berkhidmat di Tingkat 3, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan, Petaling Jaya dahulu yang mana di situ ada seorang kakitangan keturunan India berjawatan Ketua Kerani, K. Laksman namanya. Beliau merupakan ‘orang kurang upaya’ (OKU) selepas mengidap demam kepialu sehingga tidak berupaya melakukan tugas berat serta gagal berkomunikasi.

Itu pada era 1960-an dan 1970-an pada melenium lalu. Kini ketkia kita sedang meniti milenium baru, budaya kenang budi, hormat menghormati, peri kemnusiaan, pengalaman rupanya tidak lagi digunapakai. Mungkin inilah sebabnya generasi kini semakin biadap dan mengamalkan budaya ganas dan amalan gengsterisme yang bakal meruntuhkan tamadun.

Lalu saya teringat sebuah lagu yang didendangkan oleh Tan Sri P Ramlee iaitu Hujan Di tengah Hari yang ungkapan akirnya menyebut:

Kusangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengah hari

Juga saya teringat akan sebuah pepatah Melayu yang mengungkapkan:

Hujan sehari menghapuskan panas setahun.